ENGLISH l CHINESE l MALAY

Perkhidmatan Terjemahan Profesional Berbilang Bahasa



INTEC TRANSLATION SDN BHD berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang terjemahan dan lokalisasi. Dengan usaha bersepadu dan sinergi daripada kumpulan penterjemah yang berpengalaman dan berkelulusan, kami menyediakan perkhidmatan terjemahan yang profesional, kos efektif dan menepati masa untuk pelanggan dari seluruh dunia.

Dalam usaha untuk memenuhi keperluan pelanggan kami dalam mengembangkan perniagaan dan meningkatkan daya saing dalam ruang pasaran hari ini, kami juga telah memperluaskan rangkaian perkhidmatan kami selain penterjemahan. Perkhidmatan lain termasuklah penulisan iklan, penulisan skrip, penyuntingan, membaca pruf, transkripsi, sari kata, suara latar, atur huruf, susun atur halaman dan sebagainya. Kami juga menyediakan perkhidmatan interpretasi serentak dan perkhidmatan yang berkaitan seperti menyewa, memasang dan membuka Sistem SI (Interpretasi Serentak) yang terdiri daripada penerima + fon telinga + bateri, pemancar desktop + mikrofon tangan berwayar dan pondok penterjemah. Kami komited dalam memahami dan memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan yang kami hargai. Setiap pelanggan adalah unik kepada kami dan kami menyediakan perkhidmatan yang sangat peribadi. Kami sentiasa mengutamakan kualiti, seiring dengan usaha kami untuk memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan oleh pelanggan. Penterjemah, penulis, editor dan pembaca pruf kami sentiasa bersedia untuk bekerja lebih masa, apabila perlu, untuk menyelesaikan tugasan. Kami juga memahami kepentingan keselamatan dan kerahsiaan dokumen. Di INTEC, kerahsiaan adalah sentiasa terjamin.

Di INTEC, Kami Prihatin, Kami Memberi & Kami Berkongsi

Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kami berusaha untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat dan mematuhi norma-norma etika. Kami menyalurkan bantuan kepada pelbagai pertubuhan amal dan keagamaan. Kami turut membantu dalam menterjemah dan menerbitkan pelbagai buku untuk tujuan kebajikan dan agama. Aktiviti perniagaan kami dijalankan secara beretika dengan meminimumkan kesan alam sekitar. Di INTEC, Kami Prihatin, Kami Memberi & Kami Berkongsi.

Pelanggan kami terdiri daripada pihak berkuasa kerajaan, bank dan syarikat kewangan, syarikat insurans, syarikat perdagangan, pengilang, syarikat pemasaran pelbagai peringkat, syarikat pengiklanan, syarikat telekomunikasi, penerbit, syarikat farmaseutikal dan lain-lain.

Perkhidmatan kami juga telah diperluaskan ke pasaran antarabangsa melebihi 50 negara seperti Thailand, Vietnam, Myanmar, Laos, Singapura, Indonesia, China, Taiwan, Jepun, Arab Saudi, Rusia, Denmark, Perancis, Jerman, Panama, Portugal dan lain-lain. Ribuan pelanggan di serata dunia telah menyokong kami!

INTEC sememangnya pilihan yang tepat dalam meningkatkan daya saing produk dan perkhidmatan anda.