MENGAPA PILIH KAMI » Kelebihan Daya Saing
Kualiti dijamin dengan polisi jaminan kualiti 6-mata
Terjemahan memerlukan ketajaman mata untuk melihat sesuatu secara terperinci dan "mata" yang berbeza
dapat melihat dengan lebih jelas. Polisi jaminan kualiti 6-mata kami yang ketat memastikan penghasilan
kerja berkualiti tinggi. Setiap kerja diperiksa dengan teliti oleh 3 individu (merangkumi 6 mata), iaitu
penterjemah itu sendiri, semakan setiap baris oleh editor dan semakan akhir oleh pembaca pruf.
Pasukan profesional yang berpengalaman
Kami mempunyai bilangan penterjemah yang ramai, iaitu lebih daripada 500 orang penterjemah. Semua
penterjemah kami mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman khidmat profesional, dengan
berjuta-juta perkataan yang diterjemahkan setiap tahun. Selain itu, kami hanya mengambil penterjemah
bahasa ibunda dengan rekod yang terbukti dari segi kualiti dan pengalaman. Semua projek diserahkan
kepada pengurus projek yang cekap, yang akan melantik dan menyusun ahli pasukan projek yang ideal,
dan memantau perkembangan tugasan secara menyeluruh. Pengurus projek kami yang berdedikasi
sentiasa memantau dan berhubung dengan ahli pasukan sehingga projek disiapkan.
Kadar kompetitif setanding kualiti terbaik, dengan penghantaran tepat pada masanya
Kami menyediakan perkhidmatan yang berbaloi dengan kos, di samping maklum balas yang pantas dan tepat pada masanya. Kami menawarkan diskaun untuk projek besar dan projek terjemahan ke dalam pelbagai bahasa.